Suami Boleh Tidur Dengan Dua Isteri Dalam Satu Bilik? Berikut Penjelasan Dari Ustaz Azhar Idrus

 

Berbicara mengenai dua isteri, tidak lain tidak bukan pasti ia dikaitkan dengan poIigami. Topik yang mendapat perhatian itu sering menarik perbincangan ramai.

Meskipun ia diharuskan dalam agama Islam, masih ada aturan dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi mencapai maqasid syariah sesebuah perkahwinan.

Dalam perkahwinan poIigami, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, Islam menggariskan dua syarat yang dibolehkan seorang suami untuk mengumpulkan isteri-isterinya.

Merujuk Syarah Mukhtashar Khalil karya al Khurasyii, seorang lelaki boleh menghimpunkan dua isterinya dalam satu rumah dengan dua syarat iaitu;

i.Isterinya masing-masing memiliki bilik tersendiri dan dilengkapi dengan perabot dan keperluan seperti tandas, dapur dan yang menjadi keperluan asasinya.

ii.Kedua-dua isteri reda terhadap hal itu dan tiada perbezaan antara isteri kedua, ketiga atau keempat.

Andai kedua-dua isteri tidak reda dengan hal itu, ujar pendakwah tersebut, maka si suami tidak boleh menghimpunkan kedua-dua isterinya dalam satu rumah.

“Bahkan, suami wajib menyediakan rumah untuk setiap seorang dan jarak kedua-dua kediaman itu tidak berjauhan,” katanya.

Adakah suami boleh tidur dengan isteri-isteri yang dinikahi dalam satu bilik?

Menjawab persoalan tersebut, Ustaz Azhar Idrus lantas memetik pandangan Imam Ahmad bahawa: “Jika salah seorang isterinya reda (rela) kalau dia menggauli isterinya yang satu di depannya dengan dia melihatnya, tetap tidak boleh. Kerana hal itu termasuk menghinakan, tidak masuk akal dan menjatuhkan kehormatan. Ia tidak boleh dilakukan walau dengan keredaan kedua-duanya.”

Namun begitu, agamawan itu menjelaskan, harus jika seorang suami tidur sekali dengan dua, tiga atau empat isteri dalam satu bilik, tetapi menjadi haram jika ada hubungan intim.

Hukum berpoligami

Ramai yang mengaitkan poligami itu merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Namun begitu, berdasarkan apa yang dijelaskan oleh menerusi artikel yang disiarkan dalam laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum-hukum syarak itu diillahkan dengan sebab-sebab, diikat dengan maslahat-maslahat.

“Maksudnya, tidak boleh menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ia sunah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu.

“Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu, bahkan boleh jadi menzalimi,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web tersebut.

Allah SWT berfirman: “Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.” (Surah al-Nisa’ ayat 3)

Dalil itu jelas menunjukkan, jika berpoligami dibimbangi membawa kepada kezaliman, maka cukuplah sekadar berkahwin satu sahaja.

“Kezaliman ini juga perlu mengambil kira perkara-perkara seperti pembahagian nafkah, kesihatan, kewangan dan kemampuan fizikal.

“Keadilan yang dijadikan kriteria berdasarkan ayat di atas juga adalah mengenai tanggungjawab ke atas lelaki dalam keadilan dan sama rata dalam menunaikan hak-hak kepada isteri.

“Manakala soal hati dan perasaan adalah perkara yang relatif dan sukar dikawal. Oleh itu, perbezaan dalam hal emosi tidak membawa kepada dosa, sekiranya dijaga aspek zahir dan tidak membawa kepada kezaliman dan penganiayaan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related Posts: